Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...

 
"Saya yakin bahawa Dr Mahathir akan memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan tersebut.

"Saya akan melepaskan jawatan sekiranya jawatan perdana menteri tidak dilepaskan kepada Anwar dan jika ada Pilihan Raya Umum Ke-15 juga saya tidak akan bertanding," kata Kit Siang dalam ucapannya pada ceramah Pilihan Raya Kecil Sandakan DAP di Taman Mesra, Sandakan pada 9 Mei 2019.

Tapi sampai hari ini walaupun dikencing oleh Mahathir, LKS masih menguasai DAP.

Siapa tak kenal LKS, yang mana DAP adalah dia dan Dia adalah DAP. Kini DAP semuanya telah dikuasai oleh mereka yang mengikut pendapat LKS sahaja, Yang bertentang gugur satu persatu. Superman Hew antara mangsa politik kotor DAP. - KP


..................................

PETALING JAYA: Bekas orang kuat DAP, Hew Kuan Yau menasihatkan veteran parti itu, Lim Kit Siang supaya bersara daripada arena politik.

Mengulas kenyataan Lim selepas pilihan raya negeri (PRN) Sarawak Sabtu lalu, Hew berkata, beliau patut berhenti membuat kenyataan mengenai politik.

“Bos, kurangkan bercakap dan keluar kenyataan, bersara awal dan biar generasi baharu memimpin DAP,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Hew, yang lebih dikenali sebagai “Superman Hew” kerana memakai baju T Superman, meninggalkan parti itu pada 2016 susulan kritikan terhadap kenyataannya berhubung tuntutan Laut China Selatan.

DAP sekadar memenangi dua daripada 26 kerusi yang ditandinginya pada PRN Sarawak Sabtu lalu. Pada PRN 2016, parti itu memenangi tujuh kerusi di Sarawak.

Parti itu hanya berjaya mempertahankan kerusi Pending dan Padungan, tetapi tewas di Kota Sentosa, Pujut, Pelawan, Bukit Assek dan Tanjung Batu.

Lim percaya DAP boleh memenangi lima kerusi lagi, jika bukan disebabkan peratusan keluar mengundi yang rendah dan perpecahan undi pembangkang.

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement