Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...


Pertembungan dalam UMNO makin hari makin ketara dan menonjol dan bukang lagi rahsia. Hanya masa menentukan siapa akan terpelanting keluar. - Admin

......................

PETALING JAYA:
Ketua Umno Bahagian Arau, Shahidan Kassim menghadap Lembaga Disiplin parti petang ini berikutan dakwaan melanggar disiplin dan etika parti.

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Wilayah Persekutuan itu tiba di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.45 petang.

FMT masih gagal berhubung dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Difahamkan, selepas perjumpaan itu, Shahidan bergegas ke Jelebu sempena lawatan pascabanjir di Pusat Penempatan Sementara Dewan Besar D’Sury, Kuala Klawang.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti, Ahmad Maslan yang menggesa supaya Shahidan dirujuk kepada Lembaga Disiplin Umno.

Syed Atif mendakwa, pelanggaran disiplin itu berlaku ketika Shahidan hadir pada Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-cawangan Umno Bahagian Arau di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Kangar, Perlis pada 17 Okt lalu.

Antara kesalahan tersebut ialah mengibarkan bendera Bersatu bersama bendera Umno sebagai hiasan di ruang majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Arau.

Selain itu, beliau juga turut didakwa mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan, malah membuat ucapan yang bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan.

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement