Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...

Banyak perkara yang benar menjadi samar, yang bohong jadi benar kerana perbuatan manusia yang mengambil kesempatan kelemahan sistem kehakiman di negara ini. - Admin

......................

Rosmah Mansor menyifatkan dakwaan perbualan bocor antara dia dan suaminya Najib Abdul Razak sebagai mengarut.

Rosmah berkata demikian dalam pemeriksaaan balas timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram dalam perbicaraan kes rasuah melibatkan projek tenaga solar hibrid untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak.

Sri Ram: Saya katakan itu suara anda.

Rosmah: Saya tidak setuju.

Pada 8 Januari 2018, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan beberapa rakaman perbualan telefon melibatkan Najib dalam kes 1MDB.

Antaranya didakwa turut melibatkan bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan perbualan Najib dengan pegawai kanan daripada Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Perbualan bocor didakwa melibatkan Rosmah itu terkenal dengan sarananya kepada Najib yang antaranya menyebut “Can I advise you something?" (boleh saya nasihatkan sesuatu pada anda?).

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement