Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...

 


UMNO lupa bagaimana mereka membuat onar semasa Tan Sri Muhyiddin menjadi PM. Hampir setiap kenyataan Muhyiddin dihentam dalam media massa. Setakat ini bila UMNO menjadi PM secara amnya dasar kerajaan tidak dihentam secara terbuka hanya kenyataan-kenyataan UMNO yang mendahulu kerajaan sahaja ditegur sebagai rakan dalam pembentukan kerajaan sekarang. Itu pun UMNO tak boleh terima dan merasai dia Abang besar dalam kerajaan. - Admin

...........................

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi “warning” kepada UMNO supaya jangan mudah lupa diri.

Ini kerana sokongan PPBM kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri bukan tanpa syarat.

Muhyiddin memberi amaran PPBM boleh menarik balik sokongan jika terma yang dipersetujui tidak dipenuhi.

Jika itu berlaku akibatnya semua sedia maklum iaitu Perdana Menteri dari UMNO berisiko hilang kedudukan Perdana Menteri.

Rasanya ini bukan kali pertama Muhyiddin memberi “warning” kepada Perdana Menteri dan UMNO mengenai “tekan butang”.

Namun setakat ini Perdana Menteri sekadar berdiam diri tanpa pernah menjawab amaran-amaran tersebut.

Ini menimbulkan persoalan sehingga ke tahap manakah pegangan PPBM ke atas Ismail Sabri dengan syarat-syaratnya?

Walhal seorang Perdana Menteri tidak wajar terlihat berfungsi dibawah “undue influence” pihak lain.

Seorang Perdana Menteri perlu menampilkan kepimpinan yang ulung dan sejati dalam menerajui negara.

Adakah ini implikasi sebuah ketidakstabilan politik sehingga Perdana Menteri pun “diwarning” demikian rupa?

Mungkinkah kerana itu pimpinan utama UMNO dan ahli akar umbinya mahu PRU-15 diadakan segera?

Demi memastikan Perdana Menteri dari UMNO dapat memimpin secara “free will” dan bebas pengaruh tidak wajar musuh UMNO?

Usaha yang cuba disekat segelintir pemimpin UMNO sendiri yang rakyat labelkan sebagai Kluster Menteri dan Kluster Jawatan.

Kluster ini mendesak supaya pemilihan UMNO diadakan terlebih dahulu dengan komplot menyingkirkan pimpinan utama UMNO.

Dengan itu UMNO akan berada dibawah kawalan mereka sekali gus bermakna turut berada dalam genggaman PPBM.

Mungkinkah ini “scheme of things” yang direncanakan oleh musuh-musuh UMNO hanya mereka sahaja mengetahui.

Hati-hatilah wahai ahli UMNO sekalian jangan tersilap langkah sekali lagi. Jangan terjun gaung yang sama.

Belajarlah daripada pengalaman pemimpin manakah yang setia kepada perjuangan parti.

Dan pemimpin manakah yang telah jauh tersasar daripada kemuliaan angkara nikmat jawatan dan kedudukan.

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement