Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...


Aku pun pelik juga dengan ahli politik sekarang ni, semua benda nak bahas. Dulu beriya-iya nak buka parlimen bila parlimen buka mereka buat perangai beruk boo sana sini bukannya berbahas dengan ilmiah.

Sekarang ni nak bahas pasal banjir di Selangor. Apa nak bahasnya engkau pergi turun sekali dengan NGO hulurlah bantuan mana yang ada. Kalau tak ada pun tunjuk muka pun ok dah. - Editor


-----------------------

KUALA LUMPUR:
Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan kecewa dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun tidak membenarkan isu banjir yang melanda Lembah Klang dan beberapa negeri dibahaskan.


Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) berkata, Azhar sepatutnya memberi sedikit ruang dengan menggunakan apa yang terkandung dalam peraturan mesyuarat untuk membolehkan isu penting itu dibahaskan.

Beliau turut menyuarakan kekecewaannya terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana tidak menawarkan diri untuk menjelaskan maklum balas kerajaan kepada Ahli Parlimen, walaupun hadir di Dewan Rakyat.

“Kami ingin mengetahui maklum balas kerajaan terhadap krisis yang direkodkan melalui Hansard dan kini kami perlu menunggu sehingga Mac. Inilah sebabnya orang marah kepada ahli politik dan kerajaan.

“Adakah kita perlu tunggu sehingga rumah Speaker banjir, baru kita nak bahas? Ia agak kasar tapi tegas, isunya adakah kita tidak melihat perkara ini sebagai perkara yang serius,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat.

Khalid Samad (PH-Shah Alam) yang turut serta dalam sidang media itu berkata, Ahli Parlimen terlepas peluang menjalankan “post-mortem” mengenai tindak balas kerajaan terhadap krisis banjir yang disifatkannya terlalu perlahan.

“Kita amat dukacita dan marah kerana tidak diberi ruang untuk membahas, walaupun kita ada masa.

“Terdapat masalah seperti usaha menyelamatkan mangsa yang lambat, kekurangan kemudahan dan peralatan di pusat perlindungan banjir yang sepatutnya dijelaskan oleh kerajaan.”

Terdahulu, sidang Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Azhar tidak membenarkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan membahaskan isu banjir yang melanda lima negeri minggu lalu.

Azhar berkata, perkara itu tidak boleh dibahaskan kerana tidak terkandung dalam aturan urusan mesyuarat (AUM) sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Maaflah. Kalau hendak penerangan menteri itu, selalunya itu terserah kepada menteri untuk membuat penerangan dengan memberi notis kepada saya bahawa mereka akan membuat penerangan di bawah 14 (1) (i) AUM.

“Jadi, kita tidak boleh melompat daripada satu isu ke satu isu, tanpa isu itu berada dalam AUM,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement