Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...


Daftar aje mana-mana parti Melayu yang nak tubuh baharu. Biar Melayu berpecah, biar Melayu sama Melayu bertelagah. Bila orang Melayu diikat dan susun atas gerai sayur untuk dijual semasa itu baharu orang Melayu sedar nilai diri sendiri. Tapi masa itu sudah terlambat. - Editor

........................................

HULU LANGAT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan surat pendaftaran MUDA sebagai sebuah parti, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa pemimpin parti.

“Saya tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh mahkamah, kita akan keluarkan surat pendaftaran untuk MUDA,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Batu 18, Kampung Jawa.

Turut hadir pada tinjauan itu Ketua Setiausaha KDN Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Hazani Ghazali serta Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed.

Pada 14 Dis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Menteri Dalam Negeri mendaftarkan MUDA sebagai sebuah parti politik dalam tempoh 14 hari.

Hakim Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan 12 individu untuk mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) yang menolak rayuan mereka untuk mendaftar MUDA sebagai sebuah parti politik.

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement