Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...


Sebelum ini UMNO menyerang MCA dan banyak kawasan MCA nak ditandingi oleh UMNO. Kini bila UMNO nak berjuang solo dan meninggalkan muafakat nasional. UMNO merancangkan meningkat kekuatannya dengan sokongan masyarakat Cina. Ini bersama dengan DAP memang sukar kerana akar umbil UMNO tak akan terima, jadi dengan mengharap MCA dapat mencuri sokongan pengundi Cina. Adakah keputusan ini berbaloi kita lihat nanti. - Admin


------------------

ALOR SETAR -
Persefahaman baharu dan persetujuan semula dalam menentukan pembahagian kerusi Parlimen antara parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu dilakukan selepas parti tersebut kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata, pihaknya menghormati kesetiaan rakan komponen dalam BN apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan mengekalkan kerusi ditandingi MCA walaupun kerusi tersebut sudah beberapa kali kalah dalam pilihan raya umum (PRU) lepas.

"Namun, Presiden UMNO perlu lebih tegas dan berfikiran strategik dalam menentukan calon yang betul-betul boleh memenangkan BN walaupun terpaksa mengorbankan kerusi tradisi parti komponen.

"Kemenangan dalam PRU perlu mengikut jumlah undi iaitu angka bukannya mengikut tradisi calon parti tertentu di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Mohd Yusof berkata sedemikian sebagai mengulas janji Ahmad Zahidi yang juga Pengerusi BN Pusat ketika berucap pada Perhimpunan Agung Perwakilan MCA ke-68 di Dewan San Choon, Wisma MCA pada Ahad.

Menurutnya, beliau juga meminta suara akar umbi di bawah didengari kerana merekalah yang akan menjadi jentera kelak semasa PRU15 untuk bekerja bagi memenangkan calon tersebut.

Mengikut rekod, MCA hanya memenangi 15 kerusi daripada 40 kerusi ditandingi pada PRU12 berbanding menang 31 kerusi daripada 40 kerusi ditandingi semasa PRU11.

"Pengurangan kerusi MCA yang menang semakin ketara dalam PRU13 apabila hanya tujuh kerusi dimenangi daripada 37 kerusi yang ditandingi.

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement