Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...


PKN sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), misi dan visi PKN adalah untuk memperkasakan komuniti serta rakyat. PKN mendapat peruntukan kerajaan daripada duit rakyat akhirnya menjadi tunggangan orang politik demi kepentingan politik bukan lagi kepentingan rakyat. - Admin

--------------------

SHAH ALAM -
Seramai 53,109 orang daripada sayap Penggerak Komuniti Negara (PKN) di seluruh negara akan menyertai parti politik baharu iaitu Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Presiden PKN, Nor Hizwan Ahmad berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bersetuju menyertai PBM dengan agenda 'The Great Reset 2030' yang menumpukan pada enam tunjang utama.

"Ini termasuk agenda pelbagai kaum, mengangkat martabat orang muda pada tempatnya, golongan wanita, pendidikan, ekonomi, sains dan teknologi.

"Golongan wanita dan anak muda secara khususnya akan menjadi tumpuan utama di mana kita mengambil kesempatan daripada Undi 18 yang akan dijalankan nanti," katanya pada sidang media di Hotel Acmar, Klang, Selangor pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai presiden parti itu, Nor Hizwan berkata, beliau dimaklumkan sedang berbincang antara pihak parti dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ujarnya, mereka dimaklumkan oleh Timbalan Presiden, Larry Sng bahawa parti tersebut diarahkan untuk membuat satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) baharu dan pimpinan parti juga sedang mempertimbangkan beberapa nama untuk dicadangkan kepada ahli-ahli parti sebagai presiden.

"Saya juga agak terkejut kerana parti ini baharu tetapi nama-nama yang datang agak besar.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat memberi maklumat antara nama-nama tersebut kerana ini adalah hari pertama saya menjadi ahli parti.

"Saya serahkan kepada kepimpinan parti kerana tidak mahu memberi maklumat yang salah," jelasnya.

Beliau berkata, pelancaran The Great Reset 2030 pada Selasa akan menggerakkan usaha parti untuk merekrut lebih ramai ahli terutamanya wanita, milenial dan Gen Z.

PBM kata beliau, tidak melihat dirinya sebagai parti politik alternatif tetapi sebagai kuasa utama dalam arena politik nasional.

"Kami di sini bukan untuk menjadi parti politik kelas kedua tetapi untuk menggegarkan negara.

"Kita sebagai sebuah negara tidak boleh lagi bergantung pada sistem politik lapuk yang berasaskan etnik kerana ia terbukti tidak mampu membawa kita ke arah yang lebih maju," kata beliau.

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement