Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...

 


Kenapa pimpinan UMNO tak salahkan PM sebagai selalunya sebelum semua perkara ditujukan kepada PM Muhyiddin Mat Yasin? Sebelum lihat Menteri kena lihat juga Pengarah Jabatan, kerana Menteri selalu bertukar dalam kerajaan kebelakanngan ini - Admin
..............................................

Bekas menteri, Ahmad Shabery Cheek mempersoal kenyataan bahawa Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tidak terbabit dalam soal pengurusan bencana.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berharap kenyataan menteri bahawa Nadma hanya menguruskan pampasan banjir semata-mata adalah tersalah petik.

"Saya harap kenyataan ini tidak betul dan disalah petik.

“Setahu saya Nadma ditubuhkan selepas banjir besar 2014, mengambil alih peranan MKN (Majlis Keselamatan Negara) dalam pengurusan bencana.

"Ada model seperti FEMA di AS yang khusus dalam membuat persiapan awal, membina tahap kesiapsiagaan rakyat, memberi amaran awal, membuat koordinasi dengan pelbagai agensi lain apabila kerahan diperlukan.

"Nama Nadma pun National Disaster Management Agency sudah membayangkan tugasnya," tulis Ahmad Shabery dalam satu hantaran di Facebooknya.

Pada 15 Disember, satu portal berita melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad berkata, Nadma hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri.

Katanya, Nadma juga tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya di peringkat daerah kerana ia melibatkan kos yang besar.

“Saya minta wakil rakyat jangan meletakkan sepenuhnya kepada Nadma. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pusat.

“Kalau hal ehwal yang berkaitan dengan banjir atau bencana, perlu dikongsi oleh pihak ini (kerajaan negeri dan kerajaan tempatan), jangan bulat-bulat serahkan kepada Nadma di peringkat pusat," katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette.

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement