Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...

 


Selepas ini adiknya Ismail Sabri akan ambil alih UMNO pula. - Admin

................................

Parti Kuasa Rakyat yang diterajui oleh Kamarazaman Yakoob akan mengambil alih Parti Tindakan Rakyat Malaysia (Mira) setelah dilantik sebagai presiden sementara.

Abang kepada perdana menteri Ismail Sabri Yaakob itu dilantik sebagai presiden sementara dalam mesyuarat agung tahunan parti Mira yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Ketika dihubungi, presiden Mira K Palanisamy mengesahkan bahawa Mira akan bergabung dengan Parti Kuasa Rakyat.

"Ahli Mira sebulat suara bersetuju untuk Mira bergabung dengan Parti Kuasa Rakyat.

"Mesyuarat agung tahunan juga meluluskan dua resolusi iaitu saudara Kamarazaman akan dilantik sebagai presiden dan saya sebagai timbalan presiden Mira," katanya.

Mira merupakan rakan strategik Pakatan Harapan (PH) ketika pemerintahan Dr Mahathir Mohamad sebelum meninggalkan gabungan itu yang ditumbangkan melalui penjajaran semula parti politik pada Feb 2020.

Sejak itu, Parti Mira memilih jalan tidak memihak. Sementara itu Parti Kuasa Rakyat yang masih menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah mengumumkan pendekatan mesra BN.

Kamarazaman merupakan presiden penaja parti itu.

Palanisamy yang juga bekas ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC berkata nama Mira akan dikekalkan sebelum membuat permohonan di RoS untuk menukarkan kepada Parti Kuasa Rakyat.

"Buat masa ini, hanya presiden sahaja ditukarkan. Semua pemegang jawatan lain dikekalkan.

"Kami akan mengadakan beberapa perjumpaan sebelum memuktamadkan perlembagaan parti termasuk perkongsian jawatan antara ahli Mira dan Parti Kuasa Rakyat," katanya.

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement