Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...


Sarawak mempunyai 27 etnik besar. Memang bumiputra dan etnik Melayu menguasai Sarawak. Jangan lupa kedudukan Cina yang menjadi kaum yang menguasai bandar utama dan bilangannya juga besar. Satu faktor seperti agama menjadi penentu. Walaupun sokongan polis dan tentera kepada GPS baik untuk kali ini tetapi ini bukannya sokongan yang kekal kerana kemantangan politik di Sarawak kini kian meningkat. - Admin

.........................................................

KUALA LUMPUR - Kejayaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi majoriti besar pengundi dari kem tentera pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada Sabtu memberi petanda yang baik kepada Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Jeniri Amir berkata, hal ini kerana majoriti daripada anggota keselamatan awam di negara ini terdiri daripada etnik Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan golongan itu kini terbukti semakin menolak Pakatan Harapan (PH).

Jelas beliau, warga tentera dan polis di negara ini juga sudah serik untuk memberikan undi mereka kepada pembangkang.

"Saya anggap kemenangan besar GPS dalam undi tentera ini adalah suatu manifestasi kepada kemahuan penjawat awam untuk sebuah negara yang stabil dan mampu keluar dari krisis Covid19, ekonomi dan bencana.

"Selain itu, kekalahan teruk PH dan DAP pada PRN Sarawak juga adalah bukti bahawa pengundi etnik Melayu dan bumiputera Sarawak juga tidak senang dengan tindak-tanduk segelintir pemimpin pembangkang yang bersikap 'bagai kaduk naik junjung' sewaktu pentadbiran kerajaan Pusat di bawah koalisi itu selama 22 bulan ," katanya kepada Sinar Premium pada Ahad.

Pada Sabtu, GPS berjaya menguasai 76 daripada 82 DUN di Sarawak dalam pilihan raya negeri Bumi Kenyalang itu yang turut disumbangkan oleh peningkatan undi tentera yang sangat ketara di beberapa DUN.

Abang Johari (tengah) yang juga Pengerusi GPS berucap ketika bersama pimpinan tertinggi parti meraikan kemenangan selepas GPS memenangi PRN Sarawak ke-12. - Foto Bernama
Abang Johari (tengah) yang juga Pengerusi GPS berucap ketika bersama pimpinan tertinggi parti meraikan kemenangan selepas GPS memenangi PRN Sarawak ke-12. - Foto Bernama

Antara DUN yang memiliki kem tentera di Sarawak ialah kem Puncak Permai di DUN Tasik Biru, kem Semenggo dan kem Ria di DUN Kota Sentosa, kem Muara Tuang dan kem Penrissen Lama di DUN Stakan dan kem Oya di Sibu.

Mengulas lanjut mengenai keputusan PRN Sarawak, Dr Jeniri turut menyifatkan kekalahan teruk DAP yang hanya mampu mempertahankan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada keseluruhan tujuh kerusi DUN dimenangi pada 2016 adalah manifestasi ayunan undi masyarakat Cina juga sudah berubah.

Menurutnya, perubahan ayunan undi masyarakat Cina sudah dapat dilihat menerusi keputusan PRN Melaka, bulan lalu dan kini terus berulang menjadi mimpi ngeri kepada DAP pada PRN Sarawak.

"Pengundi etnik Cina sendiri pun sudah bosan dengan sandiwara segelintir pemimpin DAP yang membiarkan tercetusnya pergolakan politik dalam PH yang akhirnya menyebabkan kerajaan Pusat dipimpin koalisi itu runtuh.

"Sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat, momentum ini dijangka menguntungkan parti-parti Cina yang pro kepada kerajaan,"katanya.

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement