Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...


UMNO ingin PRU-15 dipercepatkan? Adakah UMNO lupa dulu rakyat seluruh negara ingin jatuhkan UMNO yang telah merosakan bangsa dan agama. Usahlah berdalih lagi. Jangan menggunakan madah Penyatuan Ummah bagi mempertahankan kelemahan. Jangan berselindung disebalik slogan ‘No Anwar No DAP’ bagi menyembunyikan agenda peribadi mempertahan kedudukan. Janganlah diulangi perangai UMNO lama dulu yang hanya pandai menabur janji tetapi semuanya ‘dicapatikan’ masuk mulut kroni sehingga habis harta rakyat menjadi milik pemimpin UMNO. - Admin


.......................

ALOR SETAR - UMNO Kedah menyerahkan keputusan pembubaran Parlimen mahupun Pilihan Raya Umum Ke-15 kepada kebijaksanaan barisan pemimpin tertinggi UMNO.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walau bagaimanapun UMNO Kedah masih teguh memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini.

Menurutnya, ia berikutan pelbagai kejayaan direkodkan oleh Ismail Sabri dalam tempoh 100 hari kepimpinannya dalam usaha memulihkan politik, ekonomi dan sosial di negara ini.

"Sejak beliau memegang jawatan nombor satu negara suhu politik tanah air dilihat kembali tenang termasuklah penularan pandemik Covid-19 yang dapat dikawal dengan sebaiknya.

"Tambahan pula jika kita melihat kepada pencapaian 100 hari, pelbagai kejayaan telah dirakamkan terutama dalam melandaikan kelok Covid-19 dan usaha ekonomi yang dibuka," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelantikan Ismail Sabri juga menampakkan seolah-olah masyarakat memberikan pengiktirafan bahawa UMNO adalah parti yang diharapkan untuk memimpin negara.

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement