Subscribe Us

Menulis Dengan Hati...


Saya suka komentar Timmy Say. Katanya
Sekarang waktu rakyat Malaysia berganding bahu. Pertama, belajarlah jaga mulut masing-masing.

Ketika Kelantan ditimpa musibah air bah besar dahulu, macam-macam tuduhan dan tuding jari diberikan terhadap kerajaan Kelantan meskipun ketika itu mereka juga berdepan dengan hujan luar biasa.

Kali ini, berhemahlah di dalam tutur kata.Tuhan dah tunjuk apabila hujan luar biasa, negeri paling maju seperti Selangor pun tidak terselamat.Hujan luar biasa bukannya boleh dielak. Bahkan Singapura juga pernah banjir dengan hujan luar biasa.Yang diperlukan ialah tangan yang membantu bukan mulut yang mengungkit. - Admin

..........................................

Banjir yang melanda Selangor setakat ini telah mengorbankan lapan nyawa, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata kematian akibat banjir itu dilaporkan di Shah Alam dengan empat kematian, Kajang (tiga) dan Sungai Buloh (satu).

Bercakap kepada Bernama selepas melawat mangsa banjir di Batu 18, Kampung Jawa dekat sini hari ini, Arjunaidi berkata kejadian banjir itu turut menjejaskan empat balai polis di bawah kontinjen Selangor serta kediaman melibatkan 3,330 anggota dan pegawai pasukan itu.

“Anggota kita masih meneruskan tugas seperti biasa walaupun balai terjejas. Ini adalah tanggungjawab kita dan proses menyelamat diteruskan walaupun kita berdepan dengan halangan untuk memasuki kawasan banjir,” katanya.

Setakat pagi tadi, seramai 32,044 mangsa banjir telah ditempatkan di 162 pusat pemindahan sementara di sembilan daerah di Selangor, dengan daerah Klang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 18,858 orang.

Sementara itu di Shah Alam, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, satu mayat lelaki ditemukan pada Sabtu dan dua lagi mayat lelaki ditemukan semalam di kawasan Taman Sri Muda.

“Ketiga-tiga mangsa ditemukan di dalam air banjir, manakala mayat seorang wanita dipercayai warga Indonesia, ditemukan di sebuah rumah di bahagian tingkat atas awal pagi semalam di taman tersebut,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Operasi Bencana Bomba Seri Muda di sini, hari ini.

Beliau berkata dua lagi mayat lelaki ditemukan di Dengkil hari ini dan seorang mayat pemandu lori lelaki ditemukan di Desa Coalfields, Kuala Selangor semalam.

- Bernama

Post a Comment

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement